Kuih Keria

Ramuan / Bahan

600 gm keledek
150 gm tepung gandum
¾ cawan gula putih Minyak
Garam

Cara-cara

Keledek dibersihkan dan rebus sehingga masak. Ketepikan. Keledek tadi dibuang kulitnya dan lecek hingga lumat. Kemudian gaul bersama tepung dan garam sehingga sebati. Ambil 1 camca adunan tadi, bulat-bulatkan dan kemudian leperkannya. Buat lubang dibahagian tengah adunan tadi. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan ke dalam kuali adunan yang telah siap satu persatu dan goreng hingga kekuningan. Setelah semua selesai, ketepikan. Masak gula dengan sedikit air sehingga pekat dan hampir kering. Kemudian masukkan kuih keria tadi dan balik-balikkan di dalam kuali supaya diselaputi gula. Kemudian bolehlah dihidangkan.