Biskut Mentega Kelapa

Ramuan / Bahan

400 gm mentega
200 gm gula aising
500 gm tepung gandum 100 gm kelapa kering
½ sudu teh esen vanila
1 biji putih telur

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 60 darjah Celcius dan alaskan dulang kuih dengan kertas minyak.

Gunakan mesin pemutar dan putarkan mentega aising hingga kembang.

Masukkan putih telur dan putarkan hingga semua adunan mesra.

Masukkan kelapa kering, tepung gandum, esen vanila dan gaul mesra adunan.

Sejukkan doh di dalam peti sejuk selama 15 minit.

Gunakan acuan Sawa dan tekan doh ke atas dulang pembakar.

Bakar selama 15 minit dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam balang kuih.