Biskut Mentega Kacang Keju

Ramuan / Bahan

150 gm minyak jagung
180 gm tepung gandum
125 gm mentega kacang (kasar)
85 gm gula aising 10 gm tepung Hoenkwee
Keju parmesan dan kuning telur secukupnya untuk hiasan

Cara-cara

Campur minyak jagung dan gula aising. Pukul sedikit dan masukkan mentega kacang, tepung Hoenkwee dan tepung gandum. Uli sebati. Canai adunan, terap dan sapu kuning telur. Tabur keju yang diparut dan bakar hingga masak.