Biskut Mentega

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
175 gm gula ising
1 biji telur
300 gm tepung gandum 10 buah ceri
Perasa vanila
Garam

Cara-cara

1. Pukul mentega dengan gula ising hingga kembang kemudian masukan telur dan pukul sehingga sebati

2. Ayakkan tepung gandum dan sedikit garam ke dalam adunan tadi sehingga menjadi larut. Tambahkan sedikit perisa vanila

3. Gunakan piping bag dengan tiub berbentuk rosette dan paipkan adunan tadi ke atas dulang pembvakar dan susun buah ceri diatasnya

4. Akhir sekali bakar dengan suhu 180 cc selama 15 minit.