Biskut Lemon

Ramuan / Bahan

2 cawan tepung serbaguna
1 camca teh soda penaik
2 cawan emping jagung Kellogg's, dihancurkan
1 cawan marjerin atau mentega lembut
2/3 cawan gula pasir 2/3 cawan penuh gula perang
2 biji telur
½ camca teh perahan lemon
1 camca teh parutan kulit lemon

Cara-cara

Satukan tepung, parutan kulit lemon, soda penaik dan emping jagung. Kacau hingga rata dan ketepikan. Pukul marjerin, gula pasir dan gula perang di dalam bekas besar hingga ringan dan gebu. Masukkan telur dan pukul lagi. Kemudian masukkan campuran tepung dan perahan lemon. Kacau hingga rata dan sebati. Cedok 1/2 camca sedang adunan dan susun di atas bekas pembakar. Bakar 12-14 minit di dalam ketuhar pada kepanasan 160 darjah atau hingga biskut kuning keemasan.