Biskut Lemak Manis

Ramuan / Bahan

250 gm mentega @ majrin
Secukup keras tepung gandum
1 cawan gula halus Secukupnya kacang tanah yang telah di panggang
Sedikit putih telur untuk melekatkan hiasan

Cara-cara

Pukul mentega sehingga rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit, uli adunan sehingga tidak melekat di jari.
Canai dengan acuan, dan hiaskan kacang yang telah di celup ke dalam putih telur.
Bakar sehingga masak.
Ketika biskut masih suam-suam, golekkan ia ke dalam gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.