Biskut Lapis Nanas

Ramuan / Bahan

100 gm mentega atau marjerin
75 gm gula halus
1 biji telur
Jem nanas pekat Bahan-bahan diayak sekali:
½ sudu teh esen vanila
200 gm tepung
1 sudu teh paras serbuk penaik

Cara-cara

Pukul mentega dan gula, masukkan telur, esen vanila dan pukul lagi sehingga kembang. Masukkan tepung dan uli perlahan-lahan sehingga menjadi adunan sebati. Sejukkan 30 minit sebelum digunakan. Canai nipis-nipis dan tekap bulat-bulat. Dengan menggunakan pisau kecil tajam, toreh 'pangkah' di bulatan atas. Perlahan-lahan buka 'kelpoak' pengkah untuk menampakkan jem. Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dulu, sehingga coklat sedikit.