Kuih Keria

Ramuan / Bahan

500 gm keledek, direbus & dikupas kulitnya
ΒΌ sudu garam
Secubit serbuk kulit kayu manis
1 biji telur, dipukul hingga kembang 105 gm tepung, diayak
Minyak banyak untuk menggoreng
125 gula pasir
4 sudu besar air

Cara-cara

Lecekkan keledek bersama garam & kulit kayu manis. Apabila telah rata, masukkan telur & gaul rata-rata. Masukkan tepung yang telah di ayak. Uli campuran itu untuk mendapatkan doh yang lembut. Taruk di atas papan canai yang bersapu tepung, hingga setebal 1.2 cm. Bahagikan kepada 14 bahagian berbentuk tiap-tiap satu bahagian kepada suatu bulatan yang berlubang tengahnya. Pijarkan minyak yang banyak untuk menggoreng. Goreng hingga kuih-muih itu hingga kuning keemasan warnanya & garing. Toskan minyaknya betul-betul & ketepikan. Larutkan gula dalam air. Didihkan hingga menjadi sirap yang pekat. Balik-balikkan kuah keria itu dalam sirap ini hingga bersalut rata & gula itu menjadi hablur. Sejukkan & hidangkan.