Biskut Lapis Gulung

Ramuan / Bahan

2 camca besar minyak sapi
1 cawan gula halus
½ cawan tepung jagung
Sedikit susu cair 4 biji kuning telur
1 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi

Cara-cara

Minyak sapi dan gula dipukul hingga kembang, masukkan kuning telur dan adun hingga sebati. Masukkan tepung gandum, tepung ubi dan tepung jagung yang telah diayak terlebih dahulu. Jika adunan agak keras, masukkan sedikit susu cair sehingga terhasil doh yang boleh dicanai. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian masukkan sedikit koko atau pun nescafe dan satu lagi dimasukkan warna merah. Canai adunan warna merah sementara adunan koko digulung memanjang, kemudian letakkan ke atas adunan warna merah dan gulung. Bungkus dengan kertas minyak dan simpan dalam peti sejuk selama 15 minit. Keluarkan dan potong 3/4 sm dan letakkan di atas loyang. Bakar dengan api yang sederhana hingga kekuningan.