Biskut Kopi Kelapa

Ramuan / Bahan

125 gm mentega
100 gm gula perang
30 gm tepung jagung
50 kelapa kering 170 gm tepung gandum
½ sudu teh paste kopi
½ sudu teh gula hangus
1 biji kuning telur

Cara-cara

Pukul mentega dengan gula hingga kembang sedikit. Masukkan telur dan kacau lagi. Masukkan paste, kelapa dan semua tepung dan kacau rata. Masukkan adunan ke dalam acuan kertas, letakkan sekeping badam dan bakar selama 15-20 minit.