Biskut Keju Koko

Ramuan / Bahan

225 g krim keju
1 cawan + 1 sudu besar tepung serbaguna
1 cawan coklat chip (semisweet)
½ cawan kacang pecan (dicincang)
1/3 mentega
1/3 cawan gula perang ¼ cawan gula halus
1 biji telur
1 sudu besar gula serbuk ] Bahan A
2 sudu besar serbuk koko ]
1 sudu kecil vanila

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 190C. Sapu dulang pembakar berukuran 20 sm dengan mentega. Pukul mentega dan gula perang hingga berkrim. Kemudian tambah satu cawan tepung dan pukul lagi. Kaup dan balikkan adunan. Tekan adunan dalam dulang pembakar. Bakar selama 15 minit. Letakkan coklat chip dalam bekas tahan panas. Cairkan dalam ketuhar selama 3 minit. Pukul krim keju dan gula halus hingga berkrim. Tambahkan satu sudu besar tepung, telur dan vanila. Pukul hingga lembut. Kemudian masukkan coklat chip, gaulkan sebati. Tuangkan adunan krim keju atas adunan tepung tadi. Bakar lagi selama 15 minit. Sejukkan, kemudian taburkan bahan A di atasnya. Potong bentuk empat segi.