Biskut Keju Berhias

Ramuan / Bahan

200 gm tepung gandum
1 cawan keju kasar
50 gm mentega
1 biji kuning telur
5-6 camca pati santan Sedikit rempah kuih
Sedikit garam
Bijan goreng secukupnya
Susu pekat secukupnya

Cara-cara

Gaul mentega, keju, rempah kuih dan tepung hingga halus berderai. Pukul kuning telur, sedikit garam dengan santan dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam adunan tepung. Uli hingga adunan menjadi lembut. Setelah itu, canai adunan setebal 1/4 inci dan terap dengan acuan kesukaan anda. Kemudian sapu di atasnya dengan susu dan taburkan sedikit bijan. Aturkan adunan yang telah diterap ke dalam dulang pembakar dan bakarlah hingga masak.