Kuih Kaya Gerodak

Ramuan / Bahan

3 biji telur itik
10 biji telur ayam
2 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
2 keping gula melaka Sedikit kapur
1 sudu teh garam
2 helai daun sirih
4 kuntum bunga cengkih

Cara-cara

Gula melaka dimasak dengan sedikit air sehingga setengah pekat dan simpan semalaman. Campurkan telur bersama kapur, daun pandan, bunga cengkih dan garam. Kacau dan ramas daun pandan. Tapis dan pukul dengan senduk sehingga berbuih. Masukkan gula melaka yang telah dimasak dan pukul lagi dengan senduk hingga berbuih. Panaskan kukusan dan kukus hingga masak.