Biskut Kacang Tanah (II)

Ramuan / Bahan

180 gm tepung
90 gm tepung gandum
120 gm mentega
120 gm gula halus
1 sudu teh esen vanila 1 biji telur
100 gm gajus (dipanggang dan ditumbuk)
Segenggam kacang tanah (dipanggang dan dibuang kulit)
Kuning telur sebagai pengilat

Cara-cara

Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila. Gaul rata. Kacau gajus dan tepung sedikit-sedikit dan gaul sehingga menjadi adunan. Bahagi adunan bulat-bulat dan bentukkan seperti gajus. Sapu kuning telur di atasnya. Tekan sebiji kacang tanah di atas setiap biskut. Kemudian letakkan di atas dulang pembakar. Bakar menggunakan api sederhana sehingga kuning keemasan kira-kira 20 minit.