Biskut Kacang Tanah (I)

Ramuan / Bahan

125 gm tepung gandum
Secubit garam
60 gm marjerin
45 gm gula halus 1 biji kuning telur
2 sudu air sejuk
½ sudu esen vanila
30 gm kacang goreng
(dibuang kulitnya & ditumbuk sederhana halus)

Cara-cara

Sediakan dulang pembakar & ketuhar.
Griskan dua dulang pembakar. Aturkan tetingkat & panaskan ketuhar hingga 180'c. Sediakan biskut. Remaskan marjerin dengan tepung perlahan-lahan dalam mangkuk adunan. Masukkan gula, kacang tanah lebih halus & gaul rata-rata. Masukkan adunan kuning telur ke dalam campuran tepung. Gaulkan cepat hingga menjadi doh yang pejal. Uli doh perlahan-lahan di atas papan canai yang telah ditabur tepung. Canai pastri setebal 1/8 inci & potong mengikut bentuk yang dikehendaki atau perap bulat yang bersegi. Alihkan biskut ke dalam dulang pembakar. Sapukan permukaan biskut dengan putih telur & taburkan kacang yang kasar di atasnya. Bakar selama 20 minit dengan api yang sederhana atau hingga kuning. Sejukkan & hidangkan dalam pinggan kek atau simpan dalam tin yang kedap udara.