Biskut Kacang Pecan

Ramuan / Bahan

490 gm mentega
250 gm gula aising
2 biji telur 700 gm tepung
250 gm kacang pecan, dicincang halus

Cara-cara

Pukul mentega bersama gula aising hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan kacang pecan. Kacau rata. Ambil sedikit adunan dan bentukkan mengikut cita rasa anda. Atur dalam dulang bakar yang telah dilengser dengan sedikit mentega dan bakar 15 minit pada suhu 180'c. Sejukkan sebelum disimpan.