Biskut Kacang Mazola

Ramuan / Bahan

1 kilo tepung gandum (diayak)
1 ½ cawan gula halus
2 cawan kacang tanah (digoreng dan ditumbuk halus)
1 botol minyak jagung mazola (size kecil)
Telur merah utk hiasan

Cara-cara

Gaulkan tepung gandum, gula, kacang tanah hingga serata. Kemudian tuangkan minyak jagung mazola sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat ditangan. Kemudian terapkan adunan tadi mengikut bentuk acuan yg anda suka. Sapukan telur merah diatas biskut supaya ia kelihatan berkilat. Masukkan dalam ketuhar bersuhu 180 atau bakar sehingga kekuningan. Selamat Mencuba......