Kuih Kaswi

Ramuan / Bahan

250 ml air
60 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
180 g gula melaka, dicincang halus 120 g tepung sagu
150 g tepung beras basah
1/3 camca teh kapur dibancuh bersama 1 camca teh air alkali
150 g kelapa muda, diparut dan digaul bersama secubit garam

Cara-cara

Didih gula melaka bersama gula pasir, air dan daun pandan di dalam periuk hingga gula larut. Bancuh tepung beras basah bersama tepung sagu dan bancuhan air kapur di dalam mangkuk. Tapis sirap ke dalam adunan tepung dan kacau hingga ia sebati dan tidak berketul-ketul. Kukus 22 biji cawan teh cina (kecil atau sederhana besar). Tuang sedikit adunan ke dalam cawan itu. Kukus ia, 20 minit. Setelah Kuih Kaswi masak, keluarkan dari acuan, tabur kelapa parut putih di atasnya. Hidangkan.