Biskut Halia Rangup

Ramuan / Bahan

100 gm mentega atau marjerin
75 gm gula merah lembut
1 sudu besar madu lebah Bahan-bahan diayak sekali:
200 tepung gandum
2 sudu teh paras serbuk penaik
1 sudu teh paras soda bikarbonat
1 sudu teh halia giling
1 sudu teh kulit kayu manis (digiling)
Kepingan halwa halia

Cara-cara

Pukul mentega, gula dan madu lebah. Masukkan dalam adunan tepung dan uli perlahan-lahan. Jika adunan itu menggumal, masukkan sedikit susu untuk melembutkannya. Bulat-bulatkan menjadi bebola kecil dan ratakan. Hiaskan dengan kepingan halwa halia. Atur agak jauh-jauh, di atas dulang pembakar (kerana biskut mengembang ketika dibakar). Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan dahulu kira-kira 20 - 25 minit sehingga nampak kecoklatan.