Biskut Gunting

Ramuan / Bahan

½ kg tepung gandum
10 biji bawang merah
5 tangkai cili kering
3 sudu besar udang kering(goreng tanpa minyak)
1 sudu kecil jintan manis
½ sudu kecil j.putih
3 sudu besar marjerin
3 tangkai daun bawang & 1 tangkai d.ketumbar
sedikit air garam & daun kari

Cara-cara

- Bawang ,cili,udang ,jintan ditumbuk halus .
- Masukkan bahan tumbuk ,marjerin ,daun bwg d.ketumbar & air garam ke dalam tepung.
- Gaul rata & uli hingga sebati.
- Bahagikan kepada beb. doh &canai nipis(tabur sedikit tepung)
- Bakar sekejap & potong memanjang lalu digunting halus.