Biskut Gulungan Coklat Badam

Ramuan / Bahan

1 ½ cawan mentega/marjerin
1 cawan gula aising
2 butir kuning telur
1 - 1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung



½ cawan sebuk badam
1 sudu teh esen vanila
½ cawan serbuk koko
1 cawan badam cincang
coklat rice (jika suka)

Cara-cara

1. Mentega, gula aising, tepung gandum & tepung jagung digaul rata menjadi serbuk roti.
2. Kemudian di campur kuning telur & gaul rata supaya menjadi doh lembut serta dibahagi 2.
3. Doh pertama di campur dengan serbuk badam & gaul. Doh kedua pula digaul dengam serbuk koko.
4. Kedua-dua adunan tadi dicanai berasingan setebal 5 mm. Setelah itu dilapiskan, warna kuning dibawah manakala warna coklat diatas.
5. Gulung lapisan tersebut menjadi bentuk silinder panjang. Simpan sebentar di dalam peti dingin beku selama 15 minit.
6. Keluarkan dan potong setebal 5 mm - 7 mm. Susun didalam acuan pembakar & hias dengan badam cincang atau coklat rice.
8. Bakar pada suhu 100' celcius selama 10-15 minit atau sehingga masak kekuningan.
9. Setelah masak, keluar & sejukkan diatas redai kuih. Hidangkan.