Biskut Gulung Berjem

Ramuan / Bahan

170 g mentega
170 g gula perang
1 biji telur
½ camca teh esen vanila
Jem strawberi secukupnya
30 g badam/walnut, dicincang halus
Sedikit marjerin Diayak bersama:
375 g tepung serba guna
½ camca teh soda penaik
¼ camca teh serbuk kulit kayu manis
2 camca besar susu tepung

Cara-cara

Putar mentega hingga ia ringan. Masukkan gula perang bersama telur, putar lagi hingga ia kembang. Masukkan esen vanila. Putar lagi hingga ia sebati. Masukkan bahan diayak, gaul hingga ia menjadi doh. Bahagi menjadi dua bahagian. Canai sebahagian doh menjadi segi empat, ukuran 8 cm x 11 cm, 6mm nipis. Sapu jem strawberi pada seluruh permukaannya dan tabur badam/walnut di atasnya. Gulung doh kemas-kemas, bungkus ia di dalam plastik, simpan di dalam peti sejuk, 1/2 jam. Kemudian potong gulungan 1 cm lebar, susun di dalam tin bakar yang telah dilengser dengan sedikit marjerin. Potong hingga habis. Buat cara sama untuk sebahagian lagi doh. Bakar ia pada suhu 180'C, 10-12 minit.