Biskut Dwi Corn Flakes Koko Krunch

Ramuan / Bahan

Bahan A(Doh putih):

100 gm tepung gandum
25 gm tepung beras
½ sudu teh serbuk penaik

50 gm Nestle Corn Flakes(dikisar halus)
100 gm mentega @ marjerin
50 gm gula caster
½ sudu teh esen vanila Bahan B(Doh coklat):

75 gm tepung gandum
25 gm tepung beras
2 sudu besar serbuk koko
½ sudu teh serbuk penaik

50 gm Nestle Koko Krunch(dikisar halus)
75 gm mentega @ marjerin
50 gm gula caster
½ sudu teh esen vania

Cara-cara

1.Ayak bahan A, masukkan Nestle Corn Flakes, gaul sebati dan ketepikan.
2.Mentega,gula & esen vanila dijadikan krim hingga kembang. Gaul sebati campuran tepung hingga menjadi doh yg lembut dan ketepikan.
3.Ulangi kaedah yang serupa untuk bahan B.
4.Canai doh A dan B secara berasingan menjadi jalur setebal 1cm kemudian cantumkan keduanya. Potong mengikut panjang yang disukai.Susun doh di atas dulang pembakar yang sudah disapu sedikit mentega,jarakkan sedikit untuk biskut mengembang.
5.Bakat dalam ketuhar bersuhu 180 darjah Celcius selama 15 hingga 20 minit atau hingga kuning keemasan.Keluarkan dari ketuhar dan biarkan selama 20 minit.