Biskut Cahaya

Ramuan / Bahan

8 senduk nasi tepung gandum
4 senduk nasi gula 2 biji telur
Sedikit susu cair

Cara-cara

Gula dan telur dipukul sampai kembang. Masukkan tepung dan uli sampai kembang. Bahagi dua dan warnakan sesuka hati. Canai tiap-tiap satu 1/4 inci dan tindih dua. Terap dengan penerap bulat dan buat lubang di tengahnya. Bakar di dalam ketuhar sederhana panas.