Biskut Batik Nakula Sadewa

Ramuan / Bahan

½ cawan gula
1 cawan susu pekat manis
3 biji telur
1 sudu besar serbuk koko
200 gram MILO (peket refill yang kecil)
250 gram Buttercup
Biskut Marie secukupnya


Cara-cara

1. Masukkan gula ke dalam periuk.
2. Masukkan susu pekat manis dan kacau.
3. Masukkan telur satu persatu dan kacau.
4. Masukkan serbuk koko dan kacau lagi.
5. Masukkan MILO dan kacau.
6. Panaskan bahan yang telah dibancuhkan dan kacau berterusan dengan api yg perlahan.
7. Masukkan Buttercup dan kacau lagi.
8. Kacau selama 10 minit lagi sehingga menggelegak.
9. Tutup api dan masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan dan kacau rata.
10. Tuangkan ke dalam dulang aluminium dan padatkan.
11. Biarkan sejuk dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.