Biskut Batang Mancis

Ramuan / Bahan

175 gm mentega
100 gm gula aising
1 biji telur gred B
150 gm tepung jagung
100 gm tepung gandum 1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar serbuk badam
1 sudu teh vanila
Coklat masakan
Coklat rice

Cara-cara

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur, vanila, susu, badam dan kedua-dua jenis tepung.

Ambil sedikit adunan dan pam di atas dulang pembakar. Biar sejam baru dibakar.

Sejukkan dahulu sebelum hujungnya dicelup dengan coklat masakan yang dicairkan. Tabur coklat rice.