Biskut Badam (II)

Ramuan / Bahan

125 gm mentega
100 gm gula aising
125 gm tepung gandum 50 gm tepung kastard
50 gm badam cincang halus
1 biji kuning telur

Cara-cara

Ayak tepung gandum, gula aising dan tepung jagung ke dalam mangkuk. Potong mentega kecil-kecil, gaulkan ke dalam adunan tadi. Campurkan kuning telur dan badam yang dicincang halus. Uli sehingga sebati. Bulatkan dan leperkan. Sapu sedikit kuning telur diatasnya. Sapu loyang dengan sedikit mentega. Panaskan ketuhar pada suhu 350'F-160'C. Bakar selama 12-15 minit.