Biskut Badam

Ramuan / Bahan

200 gm mentega
150 gm gula halus
1 biji telur
20 ml susu segar
1 camca teh esen badam
300 gm tepung halus
50 gm tepung jagung 40 gm tepung kastard
1 camca teh serbuk kayu manis
1 camca teh serbuk penaik
4 camca besar kelapa kering
Sedikit putih telur
Badam - untuk hiasan

Cara-cara

Pukul mentega bersama gula halus hingga putih. Masukkan telur, susu dan esen badam. Kacau rata.

Masukkan semua tepung, serbuk kayu manis, serbuk penaik dan kelapa kering. Kacau sebati.

Ambil sedikit adunan, bentukkan bebola dan tekan leper. Sapu sedikit putih telur dan tekan badam di atasnya. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 180 darjah Celcius.