Kek Sandwich Lady D

Ramuan / Bahan

8 oz tepung gandum(diayak)
1 sudu teh baking powder(diayak)
2 sudu teh esen vanilla(xde xpe)
8 oz butter
8 oz gula(dikisar)
4 biji telur
200g mix fruit/ choc chip
1 sudu makan jem resberi(klu jem lain pun xpe)

Cara-cara

* putar butter dan gula sehingga putih, ringan dan kembang
* masukkan telur, putar sehingga sebati(putar perlahan)
* masukkan esen vanilla(putar perlahan)
* masukkan gandum, baking powder dan mix fruit/ choc chip(kacau sehingga sebati)
* pindahkan adunan ke 2 buah loyang dan ratakan
* bakar dalam haba ketuhar 375c kira-kira 25' @ kukus selama 1 jam
* apabila masak, sapukan jem tiap-tiap 1 dan tekupkan kedua-duanya