Kek Pisang Eim

Ramuan / Bahan

1 cwn minyak masak
3 biji telur
1 cawan gula
4 biji pisang berangan
1 sudu tea soda bikarbonat
1 sudu tea baking powder
1 ¾ cawan gandum
1 penutup esen vanila
2 sudu milo

Cara-cara

satukan minyak,telur,gula dan esen vanila dan kemudian kisar sehingga sedikit berbuih.kemudian di dalam bekas berasingan lenyek pisang bersama soda bikarbonat. ayak tepung gandum bersama baking powder dan milo.satukan bahan kisar bersama pisang yang di lenyek.kemudian masukkan gamdum dan sebatikan.bakar pada suhu 180c selama 45minit