Kuih Bugis Mandi

Ramuan / Bahan

360 gm tepung pulut
320 ml santan cair
1 sudu sedang tepung sagu
1 sudu teh pes pandan
1 sudu teh garam

Bahan-bahan inti:
300 gm gula pasir
1 cawan air
Sedikit garam
1 biji kelapa parut
Sedikit tepung gandum Bahan-bahan kuah:
1000 ml santan pekat daripada sebiji kelapa
2 sudu sedang tepung pulut
Sedikit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara

Gaul semua bahan hingga rata dan bulat-bulatkan seperti bebola. Isi sedikit inti di dalam bebola tepung dan rebus di dalam air mendidih seperti membuat buah melaka. Apabila masak bebola akan timbul. Angkat dan letakkan ke dalam bekas daun pisang dan tuang kuahnya. Untuk membuat bahan-bahan inti, masak gula hingga hangus dan tuang air. Biar mendidih. Masukkan garam, kelapa parut dan tepung. Kacau dan masak hingga kering. Manakala bagi bahan-bahan kuah, satukan semua bahan dan masak hingga mendidih.