Kek Nenas Terbalik

Ramuan / Bahan

Bahan A:
25g mentega (dicairkan)
25g gula perang
4 keping nenas bulat
2 biji ceri merah (dibelah 2) Bahan B:
100g tepung naik sendiri
75g mentega
75g gula kastor
2 biji telur
2 cmt susu cair
1 cmt esen vanilla

Cara-cara

tuangkan mentega cair ke dalam acuan bulat (7" diameter). susun nenas dalam acuan. masukkan ceri yang dibelah tadi ke dalam lubang. pastikan bahagian belahan mengadap ke atas. tabur rata gula perang di atas permukaan nenas. taruh tepi sekejap. sediakan kek..putar lemak dan gula hingga kembang. masukkan telur satu persatu, putar sebati, masukkan esen vanilla. masukkan tepung berselang-seli dengan susu cair. tuang dalam acuan tadi. Bakar 190C selama 10 minit. kurangkan suhu ke 170C dan sambung bakar selama 30 minit atau hingga masak.