Kek Lapis Masam Manis

Ramuan / Bahan

250gm mentega
6 biji telur
1 cawan gula
4 cawan biskut merry
[dikisar halus] 1 pek asam manis
[lebih pun boleh]
sedikit esen vanilla
pewarna merah & hijau

Cara-cara

1.pukul telur,mentega dan gula hingga kembang
2.kemudian masukkan biskut merry ke dalam adunan,pukul hingga sebati
3.bahagikan adunan kepada dua bahagian merah dan satu lagi hijau
4.panaskan kukus
5.kukus adunan dalam loyang sederhana dengan membuat satu lapisan nipis berwarna merah,kukus lebih kurang 2 minit.kemudian taburkan asam manis.
6.ulang langkah 5 untuk warna hijau [seperti membuat kuih lapis,tapi jangan lupa taburkan asam manis di setiap lapisan]
7.lakukan langkah 5 dan 6 hingga habis adunan tadi dan biarkan dikukus selama 10 minit.