Kek Kukus Buah

Ramuan / Bahan

250gm buttercup
200gm tepung gandum (diayak)
1 cwn gula pasir
1 cwn mixfruit (digaulkan dengan sedikit tepung)
3bj telur
sedikit baking powder (ayak bersama tepung)
sedikit soda bicarbonat(ayak bersama tepung)
sedikit serbuk tartar (ayak bersama tepung)
1 tutup esen vanila & esen limau ½ cwn gula pasir (dihangus)
1 s/b gula merah (dihangus)
loyang 8x8 inci (disapu dengan minyak)
aluminium foil

Cara-cara

1. Pukul buttercup dan gula sehingga kembang
2. Masukkan telur satu per satu. Kemudian, masukkan esen vanilla dan esen limau
3. Masukkan tepung diselang seli dengan buah-buahan kering (mixfruit)
4. Kacau sehingga rata
5. Masak gula pasir dan gula merah bersama sehingga hangus (jangan sampai hangit plak)
6. Setelah itu, masukkan gula hangus tadi ke dalam bancuhan tepung dan kacau sehingga rata dengan segera
7. Setelah siap masukkan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan minyak sedikit dan tutup permukaan loyang dengan alluminium foil
8. selepas itu, kukus selama 3 jam dengan api yang sederhana.