Kuih Buah Melaka

Ramuan / Bahan

1 bungkus Tepung Pulut
1 cawan Tepung Gandum
Sesudu garam
Air secukupnya
kelapa parut

INTI:

Gula Melaka (parut)/
kelapa parut & gula

Cara-cara

Campurkan kesemua tepung tadi dengan air dan garam sehingga menjadi doh.Gentelkan sebesar biji guli dan masukkan inti.Buatkan bulat-bulat dan rebus dalam air yang mendidih.Bebola akan timbul jika sudah masak.Ambil bebola tadi dan salutkan dengan kelapa parut.

Untuk inti kelapa:
gorengkan kelapa tanpa minyak sekejap dan gaulkan dengan gula atau gula apong.