Kek Coklat Moist Hannah

Ramuan / Bahan

2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula kastor
1 cmt soda bikarbonat
3 biji telur

1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1 cmt esen vanilla
1 cawan air sejuk (air biasa)

Cara-cara

campurkan semua bahan kecuali air. Kacau sebati. Last sekali baru bubuh air. masukkan dalam acuan 10" bulat yang telah diglis dan ditabur sedikit tepung. tutup dengan aluminium foil. kukus selama 1 jam. (nak bakar pon boleh 170C, 1 jam tp kurang moist ler)