Kek Coklat Hitam

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
250 gm gula
5 biji telur
250 gm tepung naik sendiri
60 gm serbuk koko
125 gm air(dicampur dengan 3 sudu besar susu pekat)
1 sudu kecil esen vanilla








Cara-cara

1.Mentega dan gula dipukul sehingga kembang.Kemudian telur dipukul berasingan sampai kembang dan satukan dengan mentega.Gaul hingga sebati.
2.Masukkan tepung dan koko yang telah diayak.Gaulkan lagi dan tuangkan bancuhan air susu dan vanilla.
3.Masukkan adunan tadi ke dalam acuan kek dan bakar selama 40 minit dengan suhu 140C.