Kek Coklat Brunei

Ramuan / Bahan

200 gm butter
200 gm gula
200 gm tepung gandum
3 biji telur
1 sdt baking powder
3 sdb serbuk koko (cairkan dengan air)
100 gm coklat makan (patahkan kecil-kecil)
Kacang Badam Bahan Topping:
100 gm butter
100 gm gula
3 sdb susu segar
100 gm coklat makan (less sugar)

Cara-cara

Kek:
Pukul butter dan gula bersama. Kemudian Masukkan telur dan pukul lagi. Ayak tepung dengan Baking Powder. Lepas itu, masukkan ke dalam adunan butter dan kacau. Kemudian masukan larutan serbuk koko, coklat makan dan badam. Kacau rata. Griskan loyang dengan butter sebelum masukkan adunan kedalamnya. Bakarlah selama 40 minit atau masak pada suhu 180 c.