Kek Coklat

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
¾ cawan koko
2 cawan gula
1 cawan air
3 sudu kecil nescafe
1 cawan susu Dutch lady
2 biji telur
½ cawan minyak

Cara-cara

Cara membuatnya:
1. Air, nescafe dan gula dicampurkan sekali, kacau seketika.
2. Kemudian masukkan susu, tepung, koko, soda, baking powder diayak sekali.
3. Pukul telur, kemudian campurkan dengan adunan tadi.
4. Akhir sekali baru masukkan minyak dan pukullah adunan tadi sehingga kembang.
5. Bakar dalam ketuhar selama 45 minit.