Kek Chipmunk

Ramuan / Bahan

6 biji telur
1 ½ cawan gula(yang sudah di jemur)
1 ½ cawan marjerin
3 cawan tepung bluekey
2 sudu makan susu pekat
1 sudu kecil perasa pisang
sedikit pewarna merah
sedikit pewarna hijau

Cara-cara

pukul telur dengan gula hingga kembang.ketepikan.pukul marjerin hingga kembang.kemudian campurkan marjerin kedalam telur tadi.campurkan tepung bluekey sedikit demi sedikit.masukkan perasa pisang dan susu pekat.asingkan kepada 3 bahagian.bahagian pertama campurkan pewarna merah.bahagian kedua campurkan pewarna hijau.bahagian ketiga tidak perlu dicampur apa-apa pun.kemudian masukkan sedikit bahagian ketiga terlebih dahulu kedalam loyang yang telah di sapu marjerin dan di alaskan kertas minyak.masukkan sedikit bahagian kedua.masukkan sedikit bahagian ketiga.selang seli kan sehingga habis aduanan tadi.bakar pada suhu 200 darjah celcius 30 minit.