Kek Buah Kukus

Ramuan / Bahan

2½ biji butter
2 gelas gula halus
1 gelas gula kasar dihanguskan
¼ cawan air suam
9 biji telur ayam
500 gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh serbuk buah pala
1 kotak buah-buahan campuran

Cara-cara

1 gelas gula dihanguskan dan bila sudah kelihatan hangus masukkan 1/4 cawan air suam dan kacau hingga gula cair dan biarkan sejuk.Sediakan kukusan dan panaskan air hingga mendidih.Lenserkan acuan bulat berukuran 11 inci dengan majerin dan taburkan dengan sedikit tepung.Pukul butter dengan gula hingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji higga habis.ayak tepung gandum bersama serbuk buah pala, soda bikabonat dan cream of tartar.campurkan buah-buahan campuran kedalam campuran tepung tersebut dan masukkan campuran itu kedalam adunan mentega sedikit demi
sedikit hingga habis dan akhir sekali masukkan gula hangus tadi dan gaul hingga sebati.Tuang adunan kedalam acuan yang telah dilenser dan tutup atas nya dengan foil untuk mengelakkan air dari penutup kukusan merosakkan permukaan kek dan letakkan didalam kukusan dan kukus selama empat (4) jam.