Classico Tiramisu (Lady Finger Sponge)

Ramuan / Bahan

150g putih telur
125g gula kastor
125g tepung gandum
100g kuning telur
sedikit esen vanila Bahan hiasan

Coklat putih - hiris
Serbuk kulit kayu manis

Cara-cara

Pukul kuning telur sehingga kembang. Ketepikan.
Pukul putih telur dan gula kastor hingga kembang.
Satukan kedua-dua adunan dan gaul rata sambil masukkan tepung sedikit demi sedikit. Ratakan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 200c selama 10-15 minit. Setelah masak, hiaskan.