Tiramisu

Ramuan / Bahan

500 gm keju mascapone
250 gm krim putar
3 butir putih telur
3 keping kek span 50 ml nescafe (dicairkan)
100 gm gula pasir
5 keping gelatin sayur-sayuran

Cara-cara

Putar telur dan gula sehingga kembang dan asingkan. Masukkan krim dan putar lagi hingga sebati. Masukkan keju, gelatin yang telah dicairkan dan nescafe dan kacau hingga mesra. Ambil acuan dan letakkan lapisan pertama kek span di bahagian bawah dan tuangkan campuran krim ke atasnya, letak lapisan kek span kedua dan tuangkan campuran krim dan ulangi sehingga kek span habis. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan beku semalaman.