Tatlet Kelapa

Ramuan / Bahan

250 gm tepung serba guna
50 gm gula kastor
1 biji telur (dipukul perlahan)
140 ml minyak masak
40 gm tepung kastad
20 gm tepung jagung Bahan Untuk Inti:
100 ml minyak masak
150 gm marjerin
250 gm gula kastor
3 biji telur
200 gm tepung berserbuk penaik
100 gm kelapa parut kering
60 gm ceri merah (dicincang)
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

Gaulkan semua bahan untuk kulit pastri &
simpan di peti sejuk (30 minit). Kemudian terap ke dalam tin kek mini & kemaskan tepinya. Putar marjerin & gaul sehingga gula hancur. Masukkan minyak & putar hingga sebati. Masukkan telur berselang-seli dengan tepung, gaul rata. Tuang esen vanila & kacau. Masukkan kelapa kering & ceri. Ratakan & gunakan sudu untuk menceduk inti ke dalam pastri yang telah di sediakan. Bakar dalam ketuhar bersuhu 175'C (20-25 minit) sehingga keemasan.