Tat Pulut Buah

Ramuan / Bahan

Sugar Dough:
80 gm gula aising
160 gm mentega
1 biji telur
330 gm tepung gandum
biji kulit lemon
1 sudu kecil esen vanila Inti tat:
300 gm pulut
50 gm seri kaya
Buah-buahan mengikut suka
250 gm air gula
250 gm 'jelfix'

Cara-cara

Untuk menyediakan Sugar Dough, pukul gula aising dan mentega hingga kembang. Masukkan telur, esen vanila, kulit lemon, tepung dan uli sekejap hingga sebati. Perapkan adunan 'sugar dough' dalam peti sejuk selama setengah jam. Canaikan ke dalam acuan tat, dibakar sehingga masak. Untuk inti pula, basuh pulut, toskan airnya dan rendam seketika. Kukuskan pulut hingga masak dan campurkan air gula. Sapukan 'sugar dough' yang telah dimasak tadi dengan seri kaya di sekelilingnya dan masukkan pulut diatasnya. Tekan pulut hingga mampat dan padat. Taburkan buah-buahan di atasnya dan gliskan dengan jelfix supaya kelihatan segar dan menarik.