Tart Buah

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
60 ml susu cair segar
400 gm tepung Bahan-bahan filling:
250 gm glukos
50 gm gula halus
250 gm buah pic
75 gm tepung
170 gm badam (ditumbuk halus)
5 biji telur
5 gm esen vanila
5 gm esen lemon

Cara-cara

Pukul mentega dan gula selama 2 minit. Tambah telur satu persatu. Masukkan tepung dan gaul hingga rata. Sejukkan selama satu jam sebelum digunakan. Untuk membuat filling, pukul mentega, gula aising, esen vanila dan lemon sehingga kembang dan lembut. Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga mendapat tekstur yang lembut. Masukkan tepung dan badam. Hiris buah pic dan susun atas tart. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama lebih kurang 30 minit atau menjadi kekuningan.