sharmiza layer cake

Ramuan / Bahan

bahan-bahan
32 biji telur kuning
9 biji putih telur
300gm butter
200gm tepung gandum
460gm gula castor
1camca teh vanila esen
1camca teh baking soda
1 camca teh baking powder
1 camca teh kulit kayu manis bahan-bahan
3jenis warna kesukaan anda

Cara-cara

1.masukkan gula dan butter dan pukul hingga kembang ataupun pukul selama 14 minit.
2. kemudian pukul telur kuning selama 8 minit (tidak payah terlalu kembang)
3. kemudian pukul telur putih selama 4 minit (tidak payah pukul terlalu kembang macam meringue ataupun pukul selama 4minit
4. kemudian masukkan telur kuning dan telur putih kedalam butter dan gula yang sudah dipukul kembang tadi
5. akhir sekali masukkan tepung,baking soda dan kuilt kayu manis
6. pecah kepada 3 warna yang anda suka
7. bakar 220 f, setiap lapisan kek bakar selama 20 minit ataupun bakar sehingga warna masak kekuningan dan diikuti lapisan warna kek yang lain .
8. gunakkan kaeadah yang sama sehingga habis adunan.
9. hidangkan dgn sejuk