Rose Perfect Pound Cake

Ramuan / Bahan

180 gm susu segar
600 gm telur (ditimbang tanpa kulit)
24 gm esen vanila
600 gm tepung gandum (diayak tiga kali) 600 gm gula halus
10 gm serbuk penaik
10 gm garam halus
766 gm mentega tanpa garam (unsalted butter)

Cara-cara

Campurkan telur, susu dan esen vanila dan ketepikan.

Campurkan pula kesemua bahan kering.

Masukkan separuh adunan telur dan mentega ke dalam adunan tepung.

Pukul perlahan-lahan sehingga kesemua bahan itu bersatu.

Kemudian tukar pula kelajuan,pukul laju sehingga adunan naik gebu.

Kaup seketika bahan sekeliling mangkuk, biar kesemuanya sebati.

Kemudian masukkan adunan telur yang selebihnya.

Pukul laju sehingga tekstur adunan menjadi lebih sempurna.

Tuang di dalam bekas pembakar yang sesuai, bakar pada suhu 130 darjah Celcius sehingga ia masak.

Biarkan sejuk sebelum disalut aising fondant. Untuk kek dua tingkat, buat lagi adunan untuk kek bahagian bawah dengan manggandakan resepi yang diberikan.