Piramid Delite

Ramuan / Bahan

250 g krim putar
200 g jem buah-buahan
104 g tepung halus
80 g gula halus
38 g mentega
3 biji kuning telur 2 biji putih telur
2 sudu besar air
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil susu segar
1 sudu kecil esen strawberi

Cara-cara

Campurkan semua bahan dalam bekas kecuali jem buah-buahan dan krim putar. Pukul hingga naik. Tuangkan adunan ke dalam acuan berukuran 25x25 sm. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 30 minit. Setelah kek masak, potong pada tiga lapis. Sapukan setiap lapisan dengan jem dan tindihkan. Kemudian potong serong kek ini bentuk tiga segi. Hiaskan dengan krim putar.