Pankek Segera

Ramuan / Bahan

1 camca besar minyak masak
2 dada ayam tanpa tulang (didadu)
1 biji kentang (didadu kecil)
1 tangkai daun bawang (dihiris halus) 2 biji cili merah
4 biji telur
½ camca teh garam
5 keping roti (didadu kecil)

Cara-cara

Panaskan minyak masak di dalam periuk tahan panas. Goreng ayam bersama kentang separuh masak. Perlahankan api. Masukkan daun bawang bersama cili merah, kacau ia seminit. Pukul dua biji telur bersama sedikit garam, tuang di atas ayam tadi. Ratakan hirisan roti di atas telur tadi. Pukul baki telur bersama garam, tuang di atas roti. Biar hingga bahagian bawah pankek masak. Kemudian bakar bahagian atasnya hingga keperangan.